Maxis bina 150 tapak baharu rangkaian 4G

0

Kuala Lumpur: Maxis meneruskan komitmen mengukuhkan liputan rangkaian 4G dan memberi pengalaman pelanggan terbaik dengan membina 150 tapak baharu dan menaiktarafkan lebih 5,500 tapak di pusat pasaran utama di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Maxis juga terus meraih momentum dalam perkembangan fiber dengan lebih 6,500 premis lulus pada 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut berkata, dengan itu, Maxis mencapai 100 peratus sasaran dalam Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi 2020 dan mempercepat kapasiti dengan penaiktarafan lebih daripada 35 peratus dari jumlah 16,367 tapak penaiktarafan industri.

“Sejajar matlamat menjadi penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia, Maxis mempunyai komitmen dalam pelancaran mudah alih dan tetap untuk Jendela.

“Sementara itu, kami juga memanfaatkan kemampuan komunikasi mudah alih, fiber, WiFi dan satelit untuk memberi pengalaman rangkaian lebih baik ke lokasi pedalaman.

“Maxis terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta industri untuk meningkatkan dan memastikan pelaksanaan Jendela berjalan lancar di semua negeri,” katanya.

Menurutnya, pekan kecil di Tuaran, Sabah dikenali sebagai Kiulu antara lokasi Maxis membina tapak baharu dan melaksanakan penaiktarafan tapak 4G tahun lalu.

Beliau berkata, ini melengkapkan komuniti di enam kampung iaitu Sinorut, Gonipis, Pukak, Lokub, Mantob dan Kitapol dengan liputan 4G berkelajuan tinggi untuk pertama kalinya.

“Untuk 2021, Maxis tetap fokus mengoptimumkan rangkaian sebagai persediaan menghadapi peningkatan aliran trafik internet berterusan.

“Maxis terus mempercepat pengembangan liputan 4G ke kawasan luar bandar sebagai sebahagian daripada projek USP sambil memperkukuh kualiti pengalaman pelanggan di kawasan bandar, kediaman dan perindustrian dengan menaik taraf tapak mudah alih di Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Pada masa sama, Maxis akan melancarkan fiber di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Johor bertumpu kepada lokasi luar bandar dan terpencil sambil bekerjasama dengan penyedia akses untuk menghubungkan lebih banyak premis di negara ini,” katanya.

Selain itu, untuk memberikan sokongan lebih lanjut kepada pelanggannya, Maxis akan melancarkan komunikasi mengenai penamatan 3G yang dijadualkan pada akhir 2021, termasuk kempen peranti 4G.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM399,236.52
Ethereum (ETH) RM7,500.43
Tether (USDT) RM4.20
BNB (BNB) RM2,527.23
USDC (USDC) RM4.20
XRP (XRP) RM8.99
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM2.79
Solana (SOL) RM608.14
Dogecoin (DOGE) RM0.709757
Polkadot (DOT) RM16.60
Polygon (MATIC) RM0.900821
Lido Staked Ether (STETH) RM7,506.48
Shiba Inu (SHIB) RM0.000053
Dai (DAI) RM4.20
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM83.20