MR D.I.Y. Raikan Kecemerlangan Seni Tempatan, Umum Pemenang Pertandingan Seni 2025

0

Dua karya seni penuh emosi yang mengangkat tema kenangan, budaya dan ketabahan telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama dalam Pertandingan Seni MR D.I.Y. 2025. Bertemakan “Identiti dan Kepelbagaian”, pertandingan tahun ini menarik lebih 1,000 penyertaan dari seluruh negara.

Kumpulan MR D.I.Y., Yayasan MR. D.I.Y. dan barisan juri bersama pemenang Hadiah Utama iaitu Mohd Al-Khuzairie Ali (kiri) dan Nasrin Nadhirah Suhaidi (kanan)

Karya pemenang dalam kategori Awam oleh Mohd Al-Khuzairie Ali menampilkan media campuran dan foto vintaj untuk menelusuri kaitan antara memori dan identiti, sementara karya bertajuk “Harapan” oleh Nasrin Nadhirah Suhaidi dari UiTM Seri Iskandar mengangkat pengalaman peribadinya sewaktu pandemik, termasuk pemergian ibunya.

Semua pemenang diraikan pada 23 Mei 2025 lalu, Kedua-dua pemenang turut membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM30,000 dan RM10,000. Hasil karya mereka, bersama 39 penyertaan lain, telah dipamerkan dalam satu majlis anugerah meriah di KEN Gallery, Menara KEN TTDI.

Pertandingan tahunan anjuran MR D.I.Y. Group (M) Berhad dengan kerjasama Yayasan MR D.I.Y. kini memasuki tahun keempat. Tahun ini juga menyaksikan satu langkah penting apabila ia diperluaskan ke peringkat serantau buat julung kalinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong, pertandingan ini bukan sahaja menjadi medium meraikan kreativiti tempatan tetapi turut membuka peluang kepada karyawan seni untuk dikenali di pentas antarabangsa.

“Tema tahun ini menggalakkan eksplorasi terhadap identiti dalam konteks masyarakat global. Kami ingin rakyat Malaysia meraikan perbezaan dan menghayati empati,” ujar Ong dalam ucapannya.

MR D.I.Y. Raikan Kecemerlangan Seni Tempatan, Umum Pemenang Pertandingan Seni 2025

Para pemenang Pertandingan Seni MR D.I.Y. 2025!

Panel juri tahun ini terdiri daripada nama-nama besar dalam dunia seni tempatan termasuk Bingley Sim, Leong Mei Yin, Yap Sau Bin, dan Ivan Gabriel, serta Pengasas Kumpulan MR D.I.Y., Tan Yu Yeh.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran karya pemenang di KEN Gallery, Menara KEN TTDI dari 23 hingga 28 Mei 2025.

Pertandingan ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2022 sebagai inisiatif MR D.I.Y. dan Yayasan MR D.I.Y. untuk memupuk ekosistem seni tempatan yang dinamik dan inklusif.

Untuk maklumat lanjut serta senarai penuh pemenang, orang ramai boleh melayari laman web rasmi MR D.I.Y. atau media sosial mereka.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM456,535.43
Ethereum (ETH) RM11,572.99
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,897.71
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.72
BUSD (BUSD) RM4.22
Cardano (ADA) RM3.19
Solana (SOL) RM729.41
Dogecoin (DOGE) RM0.951317
Polkadot (DOT) RM19.35
Polygon (MATIC) RM0.983857
Lido Staked Ether (STETH) RM11,562.38
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM100.76