Muhyiddin: Projek mega rancakkan ekonomi negara diteruskan

0

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, antara projek mega yang akan diteruskan ialah ECRL dan HSR bagi menyediakan peluang ekonomi dalam usaha merancakkan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak Covid-19.

MUAR: Beberapa projek mega yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini dan tidak memerlukan peruntukan tambahan akan diteruskan bagi menyediakan peluang ekonomi dalam usaha merancakkan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Walaupun negara berhadapan dengan masalah (Covid-19) sehingga menyebabkan kos perbelanjaan kita besar, tetapi strategi kita adalah untuk menyediakan peluang ekonomi seperti meneruskan projek raksasa (mega) yang sudahpun diputuskan dahulu.

“Contohnya, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan perbelanjaan RM40 bilion, projek lain yang diluluskan dahulu dan tidak memerlukan perbelanjaan tambahan baru, memang tidak dihentikan, diteruskan.

“Ini termasuklah yang kita telah putuskan seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang akan berhenti di stesen, antaranya hab pendidikan Pagoh,” kata Muhyiddin, yang juga ahli Parlimen Pagoh.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada majlis Perjumpaan Khas bersama Kepimpinan Masyarakat dalam Parlimen Pagoh di sini harI ini.

Muhyiddin ketika mengulas mengenai HSR berkata, sebagai perdana menteri dalam pentadbiran baru, beliau meneliti balik dan mendapati ada keperluan untuk diteruskan, tetapi butiran mengenai projek tersebut masih dalam proses perincian oleh kedua-dua kerajaan.

Pada masa yang sama, beliau juga mengalu-alukan pihak swasta yang mahu menyertai projek berkenaan, sekali gus membantu dalam mengurangkan beban kos kerajaan dalam projek HSR.

Bulan lepas, kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju dan bersepakat untuk menangguhkan lagi projek HSR sepanjang 350 km yang sepatutnya berakhir pada 31 Mei lepas tetapi dilanjutkan sehingga penghujung Disember.

Dalam kenyataan berkaitan sebelum ini, Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan baru dengan Singapura merangkumi beberapa cadangan perubahan yang membabitkan aspek komersial serta teknikal projek.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM460,514.75
Ethereum (ETH) RM10,793.47
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,850.28
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.94
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM3.20
Solana (SOL) RM744.20
Dogecoin (DOGE) RM0.960065
Polkadot (DOT) RM19.29
Polygon (MATIC) RM0.998783
Lido Staked Ether (STETH) RM10,781.45
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM97.36