Myanmar bebas banduan Rohingya, bimbang penularan Covid-19 di penjara

0

Kira-kira 750,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh pada 2017. (Gambar Reuters)

PATHEIN: Kes membabitkan etnik Islam Rohingya yang ditahan selepas melarikan diri berikutan kekejaman Myanmar di Rakhine berkurangan, susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19 di penjara yang penuh sesak.

Tindakan kejam tentera pada 2017 memaksa 750,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, di mana mereka mencari perlindungan di bandar-bandar pelarian.

Mereka yang masih tinggal di Rakhine hidup di bawah sekatan yang ketat dengan sedikit akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan, tidak dapat bergerak bebas dalam keadaan yang disifatkan Amnesty International sebagai “apartheid”.

Selama bertahun-tahun ramai yang menaiki bot dan bas untuk melarikan diri.

Namun beberapa bulan kebelakangan ini, ratusan etnik itu ditangkap dan ditahan di penjara – didakwa melanggar undang-undang imigresen, kesalahan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun.

Pada Rabu mahkamah tiba-tiba menggugurkan kes terhadap 2 kumpulan terbesar etnik Rohingya yang ditangkap, berjumlah 128 orang.

“Dakwaan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak ditarik balik dan mereka akan dibebaskan,” hakim Khin Myat Myat Htun memberitahu mahkamah Pathein di wilayah Ayeyarwady.

Seorang wartawan AFP mengesahkan 4 bas yang membawa etnik Rohingya meninggalkan penjara Pathein awal pagi Khamis.

Lebih ramai akan dibebaskan oleh mahkamah lain dan dihantar pulang ke Rakhine, kata seorang aktivis Rohingya kepada AFP.

“Secara keseluruhan kira-kira 250 etnik Rohingya mungkin akan dihantar pulang pada Sabtu,” katanya, yang meminta untuk tidak dinamakan atas alasan keselamatan.

Tidak jelas di mana etnik Rohingya akan dihantar di Rakhine dan pihak berkuasa belum memberi alasan mengenai pembebasan mendadak mereka.

Minggu depan adalah tahun baru di Myanmar, di mana presiden sering memberi pengampunan kepada banduan.

Ketika ketakutan terhadap Covid-19 mencengkam negara itu, pembebasan banduan berisiko rendah dari penjara yang digambarkan oleh pemerhati hak asasi manusia sebagai “penuh sesak dan tidak bersih”.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran populasi penjara amat terdedah kepada pandemik itu.

Etnik Rohingya tidak diiktiraf Myanmar, di mana ramai orang menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin, walaupun banyak kesan peninggalan asal usul generasi mereka terdahulu ada di negara itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM444,502.19
Ethereum (ETH) RM11,111.59
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,799.51
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.41
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM3.34
Solana (SOL) RM740.53
Dogecoin (DOGE) RM0.975318
Polkadot (DOT) RM21.07
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM11,121.44
Shiba Inu (SHIB) RM0.000064
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM101.84