Noh tinggalkan MISC | Harian Metro

0

MISC Bhd (MISC) mengumumkan Tan Sri Noh Omar yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 1 Jun lalu sudah meletak jawatannya berkuat kuasa kelmarin.

MISC dalam satu kenyataan berkata, Noh membuat keputusan meletak jawatannya selepas berbincang dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tan Sri Noh Omar mengucapkan selamat maju jaya kepada Lembaga Pengarah MISC dan pihak pengurusan untuk membawa syarikat ke peringkat lebih tinggi. Lembaga Pengarah MISC juga mengucapkan yang terbaik dalam apa juga yang diceburi beliau pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Noh, 62, adalah Ahli Parlimen Tanjung Karang, pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mulai 2008 hingga 2009.

Noh kemudiannya menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2009 hingga 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2020 @ 7:10 AM

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM446,836.64
Ethereum (ETH) RM11,259.56
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,832.71
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM11.26
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.52
Solana (SOL) RM778.49
Dogecoin (DOGE) RM1.02
Polkadot (DOT) RM22.00
Polygon (MATIC) RM1.10
Lido Staked Ether (STETH) RM11,246.24
Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM111.34