Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata hampir 90% daripada 68 tren penumpang dikendalikan KTMB adalah buatan China Railway dan Rolling Stock Corporations (CCRC).
PUTRAJAYA: Malaysia akan mengadakan perjanjian pajakan RM10.7 bilion dengan China bagi memperoleh tambahan 62 set tren penumpang untuk Keretapi Tanah Melayu (KTMB), kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Jumlah berkenaan akan ditampung secara ansuran selama 30 tahun.
“Kos sebenar akan dimuktamadkan setelah selesai rundingan dengan pihak China dalam tempoh masa terdekat,” katanya sidang media.
Katanya, hampir 90% daripada 68 tren penumpang dikendalikan KTMB merupakan buatan China Railway dan Rolling Stock Corporations (CCRC), syarikat milik kerajaan China.
Loke berkata, kerajaan telah melabur berbilion ringgit dalam perkhidmatan landasan, namun kadar penggunaanya di Malaysia ketika ini hanya 30% sahaja.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Source link