Polis Thai tangkap 11 warga Bangladesh naik trak pikap menuju ke Malaysia

0

Biro Siasatan Pusat Thailand berkata kumpulan lelaki warga Bangladesh itu masuk ke Thailand secara haram dari Kemboja menaiki trak pikap sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia. (Gambar Facebook CIB Thailand)

BANGKOK: Sebelas warga Bangladesh yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan polis Thailand pada Sabtu lepas, setelah trak pikap yang mereka naiki terbalik di Wilayah Sa Kaeo, di sempadan timur Thailand, kira-kira 245km dari Bangkok.

Biro Siasatan Pusat (CIB) Thailand dalam satu kenyataan berkata 11 lelaki itu berumur antara 22 dan 48 tahun.

Dalam kejadian pada 5 pagi itu, polis lebuh raya mengejar sebuah trak pikap yang dipandu laju sebelum trak berkenaan hilang kawalan dan terbalik.

“Pemandu lelaki warga Thailand melarikan diri dari tempat kejadian selepas kemalangan itu. Polis kemudiannya menemukan 11 warga Bangladesh dalam kenderaan yang rosak teruk itu.

“Siasatan awal mendapati kumpulan itu dalam perjalanan dari Bangladesh ke Kemboja sebelum secara haram menyeberang ke Thailand menggunakan trak pikap.

“Kumpulan itu dipercayai mahu meneruskan perjalanan masuk ke Malaysia,” katanya.

CIB berkata polis sedang mengesan pemandu trak pikap yang melarikan diri itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM442,795.60
Ethereum (ETH) RM10,614.87
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,770.90
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.07
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM2.80
Solana (SOL) RM645.41
Dogecoin (DOGE) RM0.800359
Polkadot (DOT) RM17.03
Polygon (MATIC) RM0.900795
Lido Staked Ether (STETH) RM10,609.72
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM86.75