Tokenize Xchange tegas lindungi pengguna

0

PENGENDALI bursa aset digital (DAX), Tokenize Xchange yang pendaftarannya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), melaksanakan pendekatan lebih tegas bagi melindungi penggunanya.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Teknologinya, Hong Qi Yu berkata pihaknya telah mengukuhkan hubungan dengan BitGo, peneraju perkhidmatan kewangan aset digital global sebagai pemegang amanahnya.

“Ini bermaksud semua transaksi menerusi Tokenize Xchange akan dijamin serta dilindungi oleh pihak ketiga yang boleh dipercayai dan meliputi nilai sehingga AS$100 juta menerusi kelompok syarikat insurans Lloyd’s of London dan European Marketplace,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BitGo adalah antara pemegang amanah terbesar dan paling mantap bagi aset digital dengan pelanggannya termasuk bursa mata wang kripto dan pelaburan institusi terbesar dunia di lebih 50 negara.

Ia turut menyokong lebih 250 syiling dan memproses lebih 20 peratus daripada semua transaksi Bitcoin global.

Inisiatif oleh Tokenize Xchange ini bertujuan menjamin bursa yang disokong oleh peningkatan keyakinan yang semakin ketara terhadap mata wang kripto berikutan kepesatan perdagangan di seluruh dunia.

Tokenize Xchange adalah bursa berpangkalan di Malaysia dan Singapura, kini menggunakan gabungan set dompet dan ciri keselamatan termasuk ‘hot wallet’ serta perlindungan yang diinsuranskan menerusi BitGo Trust.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM454,781.69
Ethereum (ETH) RM10,644.49
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,813.98
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.73
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM729.60
Dogecoin (DOGE) RM0.932821
Polkadot (DOT) RM18.96
Polygon (MATIC) RM0.975601
Lido Staked Ether (STETH) RM10,637.89
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM94.94